Daripada Abu Darda r.a, Nabi SAW bersabda :-

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham..Mereka mewariskan ilmu..Siapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna"...

Members

Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

AKU PUNYE STORY....


Assalamualaikum wbt....salam sejahtera....



Siapakah aku?????....emmmmmm,aku (Halimah Saadiah embong) telah lahir pada pagi tanggal 24/03/1988....tak tahu lah cuaca panas or sejuk,tak dinyatakan dalam rekod keahlian...hahahhahaha...poyo tul lh aku ni....aku anak ke-2 bongsu,tp tak manja langsung....hehhe...;)



Tahun 1995, aku telah dimasukkan ke darjah 1 (xmasuk tadika...hehehhee,xde duit...)...bla...bla...bla...bla.....sampai lah aku abis form 5 (2005) & 6 (lupe tahun).....kikikikikikikii.....



Abis je from 6, aku ke penang umah akak aku (Zaleha embong)....kt cne,aku p melancong sakan, pas 2 keje n then terus buat lesen kt cne...nk cite pasal lesen,murah gile kt cne.....(Iklan je).....Dalam RM900, aku dh boleh buat lesen kete n motor,mesti ramai org jeloz ngan aku cz kt kuantan mahal gile....hahahhahaha.....



Tahun 2010, aku stdy kt UMP gambang, abik diploma business n enterprenurship (setahun je), campur sekali ngn keje (PJJ) mmg memenatkan n tersgt2 penat.....Alhamdulillah, semua masalah 2 dpt diselesaikan cz bantuan Yang Maha Pencipta....thnkz God....



Sekarang aku keje sebagai service clerk kt Bakticon (ngah keje lah ni).....Alhamdulillah rezeki aku kt cni....Moge2 ade rezeki kt lain lak....tp kan,sebelom ni mcm2 keje aku dh buat...cz terlalu byk, smpai aku xlarat nk tulis....tulis pun,xde faedah ape2 pun....; )



Ni lah sedikit sebanyak tentang aku...simple kn....huhuhu....ape kes detail2,bukan nk buat novel pun......hehheehhe ...


 sekian wassalam








Thursday, February 24, 2011

KiSaH NaBi MuHammaD SAW

Sesengguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu…
Al-Ahzab: 21

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka…
Al-Fath: 29

Bahawasanya Nabi Muhammad itu telah diputerakan paa 12 Rabiul-Awal, bersamaan 20 April 571 Masehi. Ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muthalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan masanya, bonda Nabi, Aminah Binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Ibu Nabi telah menyusukannya selama tiga hari.

Kemudian Baginda disusukan pula oleh Tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh Halimah Sa’dyah yang membawa ke desanya di luar kota Mekah. Tinggallah Nabi dalam jagaan baik Halimah selama empat tahun dan Baginda di bawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.

Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun setelah wafatnya bonda Nabi. Maka tinggallah baginda dalam jagaan datuknya hanya untuk tempoh dua tahun sahaja. Setelah itu Baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Walaupun kehidupan mereka miskin, sebagai anak remaja Baginda telah berikhtiar membantu dengan mengambil upah menjaga dan membela kambing dan dengan upahan itulah Baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-hari.

Ketika berusia dua belas tahun, bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa Nabi ke negeri Syam (Palestin) kerana berniaga. Dalam pemergian inilah Baginda telah ditemui oleh seorang pendita Nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara Nabi agar memelihara Baginda dengan baik kerana menurutnya Muhammad bakal menjadi seorang Nabi.
Apabila Muhammad berusia 25 tahun, Baginda telah berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwalid, seorang perempuan yang mulia dan kaya. Sebelum perkahwinan itu, Baginda telah membawa barangan dagangan Khadijah ke negeri Syam dan beroleh keuntungan. Waktu perkahwinan itu Khadijah telah berusia 40 tahun.

Manakala Baginda berusia 40 tahun, beliau telah diangkat menjadi Rasul Allah dan padanya terletak kewajipan menyampaikan perintah-perintah Allah kepada sekalian manusia.

Nabi Muhammad mengajak manusia kepada agama Islam. Pengikut-pengikutnya kian bertambah dan ini memyebabkan musuh-musuh Islam merasa terancam dan mereka mula bertindak liar dengan mengancam dan menyiksa pengikut-pengikut Nabi. Di samping berbagai ancaman, mereka juga cuba memujuk Nabi supaya Baginda menghentikan seruan kepada Islam. Tetapi Nabi terus menghadapi mereka dengan tabah hati walaupun berbahaya pada dirinya. Suasana menjadi lebih cemas sehingga di antara pengikut-pengikut Nabi berhijrah ke Habsyah (Ethiopia).

Suasana berikutnya bertambah kabut apabila Abu Thalib dan isteri baginda Khadijah wafat. Dalam ketika yang dirundung malang itu, Baginda telah dibawa Isra’ dan Mi’raj oleh Malaikat Jibril bagi melihatkan kekuasaan Allah.
Ancaman ke atas Rasulullah kian bertambah meruncing sehingga mereka telah merancang membunuh Baginda. Maka itu Allah memerintahkan kepada Nabi supaya berangkat meninggalkan Mekah pergi ke Madinah. Perjalanan ini atau Hijrah Rasulullah s.a.w. terjadi pada 12 Rabiulawal setelah tiga belas tahun kerasulan Naginda. Hari itu bertepatan dengan 28 Jun 622 Masehi dan Baginda berusia 53 tahun.

Di Madinah, Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Dengan kegigihan Rasulullah s.a.w. maka terdirilah sebuah masyarakat Islam dan sebuah Negara Islam di sana. Baginda kemudian menubuhkan angkatan perang yang rapid an dengan itu kedudukan Nabi dan kaum Muslimin mulai padu dan kuat. Dengan izin Allah, mereka berperang menghadapi musuh-musuh Islam yang zalim.

Islam segera dapat berkembang ke merata tempat kerana dakwah yang tersusun rapi. Perubahan besar kini terjadi di muka bumi dan orang-orang Islam mula disegani dan dihormati.

Setelah sepuluh tahun Nabi bermastautin di Madinah, Baginda wafat dalam usia 63 tahun. Baginda telah berusaha menegakkan Islam selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah, dakwah Baginda tidak begitu diterima dan tidak meluas dengan baik berbanding dengan sepuluh tahun di Madinah yang mana Baginda telah berhasil memenuhi kewajipan-kewajipan yang diperintahkan Allah sebagai Rasul Allah.

Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat Baginda pula meneruskan perjuangan menyebarkan Islam ke mana-mana tempat yang mereka sampai dan akhirnya sampai ke Negara-negara rantau Melayu ini...


Sama2 kita hayati perjuangan baginda...