Daripada Abu Darda r.a, Nabi SAW bersabda :-

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham..Mereka mewariskan ilmu..Siapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna"...

Members

Search This Blog

Sunday, August 7, 2011

SHAHADAT TOK KU

 

                                                  

 

Merupakan perincian maksud Dua Kalimah Shahadat


Selaku pembawa amalan Tareqat Naqsyabandiah, Tukku Paloh terkenal sebagai orang yang kuat mengamalkan zikir2 yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tareqat Naqsyabandiah yang susur galurnya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq [makam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan]. Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti sembahyang, puasa dan membaca Al Quran dan lain2 amalan sunat. Dengan kata lain Tukku Paloh sangat warak dan berhalus dalam beribadah.Selain mengamalkan zikir Tareqat Naqsyabandiah secara istiqamah, 


Tukku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahnya iaitu ‘Syahadat Tukku’. Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di negeri Terengganu secara berjemaah dan bersendirian.Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid2nya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid2 dan anak cucunya pula.

Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk [menantu Haji Abdul Rahman Limbong] dan ayah saya lagi.”Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Haji Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tukku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula.

 

 

Syahadat Tukku dituduh SESAT!

Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Hj. Hussein Hj. Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut.Tuan Hj. Hussein tidak menolak kemungkinan tindakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang2 tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau2 lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah.

 Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun1950 itu, Hj. Hussein bercerita :“Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Hj. Hussein sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini. “Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata ; ‘Apa yang Tuan Hj. baca itu ada pada saya.’“Rupa2nya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah2nya mengalakkan amalan ini diteruskan. Mendengarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Hj. Hussein lagi.Sehingga kini Hj. Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku bersama2 sahabat2nya, amalan pada setengah orang jahil dikatakan ‘syhadat tambahan’.

Syahadat Tukku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur2 tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.



"Alhamdulillah, keluarga kami mengamalkannya...insyallah sampai hingga ke anak cucu...amin" 





Monday, July 25, 2011

Nasihat Yusof Al-Qardhawi

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

 
Sabda Rasullullah:

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
 
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."...semoga bermanfaat
 
Lillahitaala

 

Saturday, July 2, 2011

~ BILA LELAKI MENJADI DAYUS ~

 
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

 
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian...
 
Renungan Bersama...;)
 
 
 

Thursday, June 16, 2011

Surah Al-A'raf : 200


 
      

"Bentuklah kami menjadi hamba-Mu yang taat kepadaMu dan RasulMu.."                                                                                                                                                                                           

               

Istak Bir Halal Yang Sebenarnya Adalah Haram





JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

         
         Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian. Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.


       “Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. “JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
            
       
         Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus. “Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus.


         Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi. “Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
           

          Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah. Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan. 


         “Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


Thursday, June 2, 2011

Dr Yusuf al-Qaradawi : Sejarah Hidup & Pemikiran

 
Ketokohan al-Qaradawi bukan sahaja dalam bidang penulisan tetapi juga dalam bidang pemidatoan. Pemidatoannya yang jelas dn terang. Bakat pemidataoannya terserlah sejak kecil lagi apabila sering dipanggil untuk memberi ceramah sempena hari kemuliaan Islam oleh penduduk kampungnya. 
 
Walaupun usianya telah melebihi 70 tahun, beliau masih gagah berdiri berpidato dengan suara yang lantang dalam mempertahankan Islam semasa berceramah di Hotel Pan Pacific. Beliau menyebutkan walaupun usia telah melebihi 70 tahun tetapi jiwannya tetap muda terutama dalam mempertahankan Islam. Pemidatoannya berjaya menarik minat orang ramai. Beliau mengunakan bahasa yang begitu mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Al-Qaradawi mula berkhutbah di mimbar Jumaat semenjak usia 17 tahun. Khutbah yang pertama disampikan ialah di Masjid Mutawalli dikampung Shafat al-Turab.Pada masa itu, beliu msih lagi belajar di tahun 4 peringkat rendah di Maahad Tanta. Tajuk khutbah yang disampaikan ialah bertajuk syukur.

Sementara itu, beliau mula mengajar agama di masjid ketika berusia 16 tahun. Pada tahun 1951, beliau bertugas menjadi khatib di Masjid Ali Taha di Mahallah al-Kubra. Pada tahun 1956, beliau menjadi khatib di Masjid Zamalik selama satu tahun setengah. Selepas menetap di Doha, Qatar pada tahun 1961, beliau menyampaikan khutbah dan ceramah-ceramah agama di masjid seperti Masjid Syeikh Khalifah bin Hamid, Masjid Abu Bakar al-Siddiq dan Masjid Umar bin Khatab.

 
Keluarga

Al-Qaradawi telah berkahwin pada tahun 1958 dan dikurniakan 7 orang anak 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Anak-anaknya ialah Ilham, Siham, Ala Asma’, Muhammad, Abdul Rahman dan Usamah. Ilham dan Siham merupakan pensyarah di fakulti Sains, Universiti Qatar, manakala Abdul Rahman merupakan graduan masters bidang Usul fiqh, Universiti Kaherah pada tahun 2000. Muhammad adalah graduan Ph.d dalam bidang kejuteraan dari Universiti Florida, Amerika Syarikat.

 
Pujian-pujian Ulama terhadap al-Qaradhawi

Al-Qaradawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulamak dan sarjana Islam atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :

Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqh teori dengan realiti. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula. Abu Hassan al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar-benar sebagai alim, ulamak serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulamak lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan reality dunia sekarang. Beliau mengabungkan cirri-ciri dakwah dan manhaj hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau mengabungkan cirri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj.

Mustafa al-Zarqa’ menyebutkan al-Qaradhawi sebagai seorang tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Tariq Basri menyebutkan bahawa kita sekarang berada dalam zaman al-Ghazali dan al-Qaradhawi. 
 
Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, 
 
Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang yang memahami tujuan-tujuan syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.

Mustafa al-Zarqa' menyebutkan bahawa ada empat orang ulamak yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini iaitu syeikh ali Tantawi, Abu Hassan Ali al-Nadwi, Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Menurutnya lagi buku fiqh al-awwalawiyyat al-Qaradhawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan kleutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang. Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi. 
 
Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM dalam kata-kata aluan buku Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam ) menyebutkan: “Mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang menghabiskan sebahagian besar masa dalam meneliti, mengkaji dan menginterpretasikan ajaran Ilahi ke dalam konteks kehidupan semasa. Hasil pemikiran mereka layak untuk kita baca, kita renungkan dan kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sedaya upaya. Sebab kemungkinan besar itulah bekal minda dan prasyarat kebangkitan kita di masa yang akan datang.”
 
 

Friday, May 20, 2011

Bingkai Kehidupan



Mengharungi samudera kehidupan,Kita ibarat para pengembara,Hidup ini adalah perjuangan, 
Tiada masa untuk berpangku tangan..


Setiap titis peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa,
Segores luka dijalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan..


Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami,
Al-Quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami,
Mati dijalan Allah adalah cita-cita tinggi kami..



~Lillahitaala~
 
 

Thursday, May 19, 2011

Renungan & Istiqomah








                                                                                       





Tuesday, May 17, 2011

Al-Humaza : ayat 1 - 9



"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,..Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;..Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!...Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah"....Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?...(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),...Yang naik menjulang ke hati;....Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.....(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang..."





Monday, May 9, 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Friday, April 29, 2011

Mencari Purdah....?????



Moga2 dpt mencari purdah seperti ini....cantik sgt2...

 
 i wannnnnnnttttttttttt this....!!!!!!!!



 
 ...thissss....





and i wannttttt thisssss alsooo..plzzzzzzzzzzzzz.... 




kt mane nk cari purdah mcm ni ekkk..aduiya...helpppp me...




Wednesday, April 27, 2011

ketulusan Hati


Alhamdulillah aku bersyukur kepadaMu kerana masih memanjangkan usiaku ini....disepanjang waktu musibah yang berlaku, Kau masih lagi bersama aku....tanpa Mu,siapa lah aku yang hina lagi naif ini...


First, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang banyak menolong n give me support mase aku kesusahan dan kesakitan, terutama org yang aku syg, specially my mom, dad, famili and friends....aku appreciate teramat sgt....x lupe juga kpd my bos n the geng (ofis)...if aku xdpt nk tlg korang nnti, harap Allah shj y blh tlg balaskan...moga Allah balas jasa kalian..aminnnnnnnnnn...




Dalam tempoh penyembuhan yang menyakitkan, Allah telah memberi aku kesedaran y x mampu manusia gambarkan...alangkah bagusnya lau semua hambanya merasai ape y aku rase, bukan memohan kesakitan tp merasai nikmat KEINSAFAN...


Fikiran aku buntu, celaru, takut cz memikirkan apekah hikmah disebalik y berlaku....?????


Namun, aku menghargai satu ayt spontang dan lengkap dr my niece, tanpa kita or manusia lain blh fikir....katenya sewaktu menghampiri aku "cik mah, Allah SAYANG cik mah"..terkedu aku seketika....MasyaAllah, perkataan itu aku hampir2 lupe...


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk  terus bersabar dan redho menempuh ujianMu pada tempoh yang tidak dijangka kelak....resahku hanya satu, jika Kau panggil aku dikala aku masih alpa padaMu....nauzubillah...


Pengalaman duk hospital, btl2 beri cabaran tuk aku...tp,alhamdulillah pesakit lain masih prihatin kt aku,x kira cina, india mahupun melayu...diaorg pun bg support n tlg y mmpu...ape gune '1 Malaysia'...kikikikiki..lawak je 2...;)


Kepada My mum, you r the best...i love u so much...dia x sanggup tengok ank dia di'operate', so dia usahakn cara kmpg...aku tahu,air matanya sentiasa mengalir krna sorg ank...Allah Maha Penyayang,dia dengar rintihan mak n berkat solat isthikarah...time 2,doktor tangguhkn operation cz xcukup alatan...rupanya, Allah masih sayangi aku n, ketahuilah operation bukan jln pyelesaian tuk aku...


Sakit adalah rahmat Allah,namun sabar n redho suatu benda y harus dititik beratkan tuk mendapat berkat dr-Nya...


Ini saja warqah y dpt aku kongsi...ade mase, aku akn sambung lagi...


Ya Allah redhoilah ketulusan hati, Ya Allah beri aku ketabahan, Ya Allah aku sanggup berkorban, demi rahmatMu Ya Allah....




Saturday, April 9, 2011

Saat Lafaz Sakinah




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa

Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku

Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur

Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah

Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus


Sunday, March 6, 2011

SEMUA PERANCANGAN ALLAH


Salam Ukhuwah,


Saat aku dilahirkan, Allah telah meniupkan segala perancangan-Nya ke dalam jasad ku....Jodoh,Hidup,Mati,Rezeki dan sebagainya...Segala aturan tuhan untuk manusia telah dicatat oleh Malaikat kiri n kanan, tidak kira jam, minit mahupun saat....everything....



Semakin hari, aku semakin dewasa n semakin matang....Paling penting, semakin banyak perkara yang dihadapi n lalui (btambah dosa).....Ya Robbi.....knp dgn aku ni....Ujian,bala,musibah or problem sebenarnya ni?????....aku org islam semestinya ujian kn....(tulah,derhaka lagi)....Ya Allah, dahsyatnya ujianMu walaupun sekecil biji sawi, kangkung dan seangkatan dengannya...



Hinanya aku disisiNya kerana tak dapat hadapi semuanya, langsung xdapat.....Namun aku masih panjatkn doa kepadaMu, meminta belas kasihan dariMu bagi meringankn beban yang dilalui....Titisan demi titisan air mata hadir menemani dan bersamaku...



“Allahummagh-firlii khothii-atii, wa jahlii, wa isrofii fii amrii, wa maa anta a’lamu bihi minni. Allahummagh-firlii jiddi wa hazlii, wa khotho-i wa ‘amdii, wa kullu dzalika ‘indii”
(Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunilah aku, kesalahan yang kuperbuat tatkala serius maupun saat bercanda dan ampunilah pula kesalahanku saat aku tidak sengaja maupn sengaja, ampunilah segala kesalahan yang kulakukan)



Wpun aku ni jahil & derhaka, namun Allah tetap bantu, bimbing n everything tuk aku (Tq God)....Semoga Allah sentiasa bersama aku n rahmati kehidupan aku cz aku th, aku manusia lemah n terlalu kerdil...



Namun, alhamdulillah, aku sekarang masih lagi hidup, hidup dalam agama Allah (agama paling tenang)...bukan'y sekejap tau (23 tahun)....tp, kite xth rahsia Allah, ape PERANCANGAN ALLAH seterusnya tuk aku....mati bila, jodoh bila, bila, bila n bila??????????



Thank You God for everything!!!!!

Sunday, February 27, 2011

AKU PUNYE STORY....


Assalamualaikum wbt....salam sejahtera....



Siapakah aku?????....emmmmmm,aku (Halimah Saadiah embong) telah lahir pada pagi tanggal 24/03/1988....tak tahu lah cuaca panas or sejuk,tak dinyatakan dalam rekod keahlian...hahahhahaha...poyo tul lh aku ni....aku anak ke-2 bongsu,tp tak manja langsung....hehhe...;)



Tahun 1995, aku telah dimasukkan ke darjah 1 (xmasuk tadika...hehehhee,xde duit...)...bla...bla...bla...bla.....sampai lah aku abis form 5 (2005) & 6 (lupe tahun).....kikikikikikikii.....



Abis je from 6, aku ke penang umah akak aku (Zaleha embong)....kt cne,aku p melancong sakan, pas 2 keje n then terus buat lesen kt cne...nk cite pasal lesen,murah gile kt cne.....(Iklan je).....Dalam RM900, aku dh boleh buat lesen kete n motor,mesti ramai org jeloz ngan aku cz kt kuantan mahal gile....hahahhahaha.....



Tahun 2010, aku stdy kt UMP gambang, abik diploma business n enterprenurship (setahun je), campur sekali ngn keje (PJJ) mmg memenatkan n tersgt2 penat.....Alhamdulillah, semua masalah 2 dpt diselesaikan cz bantuan Yang Maha Pencipta....thnkz God....



Sekarang aku keje sebagai service clerk kt Bakticon (ngah keje lah ni).....Alhamdulillah rezeki aku kt cni....Moge2 ade rezeki kt lain lak....tp kan,sebelom ni mcm2 keje aku dh buat...cz terlalu byk, smpai aku xlarat nk tulis....tulis pun,xde faedah ape2 pun....; )



Ni lah sedikit sebanyak tentang aku...simple kn....huhuhu....ape kes detail2,bukan nk buat novel pun......hehheehhe ...


 sekian wassalam








Thursday, February 24, 2011

KiSaH NaBi MuHammaD SAW

Sesengguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu…
Al-Ahzab: 21

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka…
Al-Fath: 29

Bahawasanya Nabi Muhammad itu telah diputerakan paa 12 Rabiul-Awal, bersamaan 20 April 571 Masehi. Ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muthalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan masanya, bonda Nabi, Aminah Binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Ibu Nabi telah menyusukannya selama tiga hari.

Kemudian Baginda disusukan pula oleh Tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh Halimah Sa’dyah yang membawa ke desanya di luar kota Mekah. Tinggallah Nabi dalam jagaan baik Halimah selama empat tahun dan Baginda di bawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.

Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun setelah wafatnya bonda Nabi. Maka tinggallah baginda dalam jagaan datuknya hanya untuk tempoh dua tahun sahaja. Setelah itu Baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Walaupun kehidupan mereka miskin, sebagai anak remaja Baginda telah berikhtiar membantu dengan mengambil upah menjaga dan membela kambing dan dengan upahan itulah Baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-hari.

Ketika berusia dua belas tahun, bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa Nabi ke negeri Syam (Palestin) kerana berniaga. Dalam pemergian inilah Baginda telah ditemui oleh seorang pendita Nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara Nabi agar memelihara Baginda dengan baik kerana menurutnya Muhammad bakal menjadi seorang Nabi.
Apabila Muhammad berusia 25 tahun, Baginda telah berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwalid, seorang perempuan yang mulia dan kaya. Sebelum perkahwinan itu, Baginda telah membawa barangan dagangan Khadijah ke negeri Syam dan beroleh keuntungan. Waktu perkahwinan itu Khadijah telah berusia 40 tahun.

Manakala Baginda berusia 40 tahun, beliau telah diangkat menjadi Rasul Allah dan padanya terletak kewajipan menyampaikan perintah-perintah Allah kepada sekalian manusia.

Nabi Muhammad mengajak manusia kepada agama Islam. Pengikut-pengikutnya kian bertambah dan ini memyebabkan musuh-musuh Islam merasa terancam dan mereka mula bertindak liar dengan mengancam dan menyiksa pengikut-pengikut Nabi. Di samping berbagai ancaman, mereka juga cuba memujuk Nabi supaya Baginda menghentikan seruan kepada Islam. Tetapi Nabi terus menghadapi mereka dengan tabah hati walaupun berbahaya pada dirinya. Suasana menjadi lebih cemas sehingga di antara pengikut-pengikut Nabi berhijrah ke Habsyah (Ethiopia).

Suasana berikutnya bertambah kabut apabila Abu Thalib dan isteri baginda Khadijah wafat. Dalam ketika yang dirundung malang itu, Baginda telah dibawa Isra’ dan Mi’raj oleh Malaikat Jibril bagi melihatkan kekuasaan Allah.
Ancaman ke atas Rasulullah kian bertambah meruncing sehingga mereka telah merancang membunuh Baginda. Maka itu Allah memerintahkan kepada Nabi supaya berangkat meninggalkan Mekah pergi ke Madinah. Perjalanan ini atau Hijrah Rasulullah s.a.w. terjadi pada 12 Rabiulawal setelah tiga belas tahun kerasulan Naginda. Hari itu bertepatan dengan 28 Jun 622 Masehi dan Baginda berusia 53 tahun.

Di Madinah, Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Dengan kegigihan Rasulullah s.a.w. maka terdirilah sebuah masyarakat Islam dan sebuah Negara Islam di sana. Baginda kemudian menubuhkan angkatan perang yang rapid an dengan itu kedudukan Nabi dan kaum Muslimin mulai padu dan kuat. Dengan izin Allah, mereka berperang menghadapi musuh-musuh Islam yang zalim.

Islam segera dapat berkembang ke merata tempat kerana dakwah yang tersusun rapi. Perubahan besar kini terjadi di muka bumi dan orang-orang Islam mula disegani dan dihormati.

Setelah sepuluh tahun Nabi bermastautin di Madinah, Baginda wafat dalam usia 63 tahun. Baginda telah berusaha menegakkan Islam selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah, dakwah Baginda tidak begitu diterima dan tidak meluas dengan baik berbanding dengan sepuluh tahun di Madinah yang mana Baginda telah berhasil memenuhi kewajipan-kewajipan yang diperintahkan Allah sebagai Rasul Allah.

Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat Baginda pula meneruskan perjuangan menyebarkan Islam ke mana-mana tempat yang mereka sampai dan akhirnya sampai ke Negara-negara rantau Melayu ini...


Sama2 kita hayati perjuangan baginda...