Daripada Abu Darda r.a, Nabi SAW bersabda :-

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham..Mereka mewariskan ilmu..Siapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna"...

Members

Search This Blog

Thursday, June 16, 2011

Surah Al-A'raf : 200


 
      

"Bentuklah kami menjadi hamba-Mu yang taat kepadaMu dan RasulMu.."                                                                                                                                                                                           

               

Istak Bir Halal Yang Sebenarnya Adalah Haram





JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

         
         Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian. Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.


       “Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. “JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
            
       
         Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus. “Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus.


         Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi. “Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
           

          Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah. Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan. 


         “Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


Thursday, June 2, 2011

Dr Yusuf al-Qaradawi : Sejarah Hidup & Pemikiran

 
Ketokohan al-Qaradawi bukan sahaja dalam bidang penulisan tetapi juga dalam bidang pemidatoan. Pemidatoannya yang jelas dn terang. Bakat pemidataoannya terserlah sejak kecil lagi apabila sering dipanggil untuk memberi ceramah sempena hari kemuliaan Islam oleh penduduk kampungnya. 
 
Walaupun usianya telah melebihi 70 tahun, beliau masih gagah berdiri berpidato dengan suara yang lantang dalam mempertahankan Islam semasa berceramah di Hotel Pan Pacific. Beliau menyebutkan walaupun usia telah melebihi 70 tahun tetapi jiwannya tetap muda terutama dalam mempertahankan Islam. Pemidatoannya berjaya menarik minat orang ramai. Beliau mengunakan bahasa yang begitu mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Al-Qaradawi mula berkhutbah di mimbar Jumaat semenjak usia 17 tahun. Khutbah yang pertama disampikan ialah di Masjid Mutawalli dikampung Shafat al-Turab.Pada masa itu, beliu msih lagi belajar di tahun 4 peringkat rendah di Maahad Tanta. Tajuk khutbah yang disampaikan ialah bertajuk syukur.

Sementara itu, beliau mula mengajar agama di masjid ketika berusia 16 tahun. Pada tahun 1951, beliau bertugas menjadi khatib di Masjid Ali Taha di Mahallah al-Kubra. Pada tahun 1956, beliau menjadi khatib di Masjid Zamalik selama satu tahun setengah. Selepas menetap di Doha, Qatar pada tahun 1961, beliau menyampaikan khutbah dan ceramah-ceramah agama di masjid seperti Masjid Syeikh Khalifah bin Hamid, Masjid Abu Bakar al-Siddiq dan Masjid Umar bin Khatab.

 
Keluarga

Al-Qaradawi telah berkahwin pada tahun 1958 dan dikurniakan 7 orang anak 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Anak-anaknya ialah Ilham, Siham, Ala Asma’, Muhammad, Abdul Rahman dan Usamah. Ilham dan Siham merupakan pensyarah di fakulti Sains, Universiti Qatar, manakala Abdul Rahman merupakan graduan masters bidang Usul fiqh, Universiti Kaherah pada tahun 2000. Muhammad adalah graduan Ph.d dalam bidang kejuteraan dari Universiti Florida, Amerika Syarikat.

 
Pujian-pujian Ulama terhadap al-Qaradhawi

Al-Qaradawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulamak dan sarjana Islam atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :

Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqh teori dengan realiti. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula. Abu Hassan al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar-benar sebagai alim, ulamak serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulamak lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan reality dunia sekarang. Beliau mengabungkan cirri-ciri dakwah dan manhaj hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau mengabungkan cirri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj.

Mustafa al-Zarqa’ menyebutkan al-Qaradhawi sebagai seorang tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Tariq Basri menyebutkan bahawa kita sekarang berada dalam zaman al-Ghazali dan al-Qaradhawi. 
 
Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, 
 
Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang yang memahami tujuan-tujuan syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.

Mustafa al-Zarqa' menyebutkan bahawa ada empat orang ulamak yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini iaitu syeikh ali Tantawi, Abu Hassan Ali al-Nadwi, Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Menurutnya lagi buku fiqh al-awwalawiyyat al-Qaradhawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan kleutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang. Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi. 
 
Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM dalam kata-kata aluan buku Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam ) menyebutkan: “Mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang menghabiskan sebahagian besar masa dalam meneliti, mengkaji dan menginterpretasikan ajaran Ilahi ke dalam konteks kehidupan semasa. Hasil pemikiran mereka layak untuk kita baca, kita renungkan dan kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sedaya upaya. Sebab kemungkinan besar itulah bekal minda dan prasyarat kebangkitan kita di masa yang akan datang.”