Daripada Abu Darda r.a, Nabi SAW bersabda :-

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham..Mereka mewariskan ilmu..Siapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna"...

Members

Search This Blog

Monday, July 25, 2011

Nasihat Yusof Al-Qardhawi

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

 
Sabda Rasullullah:

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
 
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."...semoga bermanfaat
 
Lillahitaala

 

No comments:

Post a Comment